Khamis, 28 Jun 2012

Nexus 7: Tablet pertama keluaran Google


Ini barang baik yeah... ini barang baik yeah... bukan karoot... bukan komedia... tapi Google hari ini (28 Jun 2012) mengumumkan produk terbaru mereka di bawah brand Nexus selepas smartphone mereka, kini tablet yang dipanggil Nexus 7.

Tablet terbaru ini akan dilengkapi dengan sistem operasi android versi terbaru yang mana turut diperkenal pada majlis yang sama iaitu Android 4.1 dengan nama kodnya "Jelly Bean" dan dipasang oleh syarikat Taiwan iaitu Asus. Tablet Nexus 7 akan dijual dengan harga antara yang termurah di pasaran iaitu cuma $199 (dollar US) kira-kiranya bersamaan dengan RM 635 sahaja. Tapi biasalah kalau dah sampai Malaysia sure harga akan naik apa lagi kalau ianya barang baru launch, barang yang tengah hot. Google sudah membuka pra-tempahan untuk sesiapa yang berminat untuk memiliki tablet ini dan penghantaran dikatakan akan dimulakan dua minggu lagi. Tapi malangnya pra-tempahan tidak termasuk di Malaysia lagi kerana tempahan dibuat di laman Google Play yang belum support di negara kita.
Ini dia tablet terbaru di pasaran keluaran Google sendiri
Spesifikasi tablet Nexus 7 ini, check it out:


Skrin
+ 7” 1280x800 paparan HD (216 ppi)
+ paparan Back-lit IPS
+ Corning glass tahan calar
 + Kamera depan 1.2MP

Berat
+ 340 gm

Memori
+ 8 atau 16 GB + 1 GB RAM


Bateri
+ 4,325 mAh (Boleh bertahan hingga 8 jam dengan penggunaan aktif)

Prosesor
+ Quad-core Tegra 3

Saiz
+ 198.5 x 120 x 10.45mm

Wireless
+ WiFi 802.11 b/g/n + Bluetooth

USB
+ Micro USB

Sistem Operasi
+ Android 4.1 (Jelly Bean)

Lain-lain
+ Mikrifon
+ NFC (Android Beam)
+ Accelerometer
+ GPS
+ Magnetometer
+ Gyroscope 
Sistem operasi android terbaru; the "Jelly Bean"
Spesifikasi yang hebat untuk tablet yang harga semurah tablet Amazon; Kindle. Tetapi ciri-cirinya lebih hebat macam skrin yang lebih cantik, NFC iaitu Near Field Communication iaitu cuma sentuh device untuk membuat pembayaran (macam kad Touch 'n GO), sistem operasi paling canggih yang dilengkapi dengan bantuan suara ala Siri keluaran Apple yang ada pada iPhone 4S, processor yang laju dengan jaminan daripada Google yang telah menjalankan Projek Butter untuk memastikan tiada lagging atau tersekat-sekat semasa bermain game atau menonton filem dan macam-macam lagi.

Adakah sasaran Google untuk berlawan dengan iPad kepunyaan Apple? kalau nak dilihat di sini spesifikasi tablet Google ini lebih memberi ancaman kepada tablet Amazon iaitu Kindle disebabkan harganya yang sama tapi pembeli mendapat lebih lagi dengan tablet Google ini. Apple pula dijangka akan mula memasuki pasaran tablet saiz 7" mungkin mereka sasarkan untuk memecah dominasi Amazon Kindle yang mendapat sambutan hangat pada awal tahun ini. Tapi kini mereka terpaksa bersaing dengan Google Nexus 7 yang lebih hebat.
Nexus Q membuatkan terbantut hasrat nak beli Apple TV
Serentak dengan pengumuman itu juga, Google telah memperkenalkan apa yang mereka panggil sebagai "Social Streaming Media Player" iaitu Nexus Q. Ada lagi, mereka turut memperkenalkan sistem operasi smartphone versi terbaru iaitu Android 4.1 yang lebih dikenali dengan kod "Jelly Bean" dan satu lagi projek terbaru mereka yang masih di dalam R&D iaitu Projek Glass.

Nexus Q lebih kurang macam Apple TV yang membantu device seperi iPad, iPhone atau iPod untuk berhubung dengan TV secara wireless. Tapi nampaknya Nexus Q nampak lebih elegan lagi dengan spesifikasinya yang lebih menarik daripada Apple TV.
Sergei Brinn, co-founder Google menggunakan Google Glass, projek terbaru mereka
Kiranya kombinasi antara Nexus 7 dan Nexus Q cukup untuk menjadi set hiburan anda di rumah. Apalagi, selalu la semak dalam Mudah atau cari sendiri di Low Yat atau Digital Mall mana tau kot kot dah ada orang import, tapi for sure mesti mahal la diorang jual.

Nak order? Boleh la try try masuk kat sini http://www.google.com/nexus/#/7/specs

p/s: Rasa macam nak sambar satu la... memang menggiurkan.

Rabu, 27 Jun 2012

iTunes Store® kini di Malaysia

Tengok kat sebelah kanan tu, Top Chart Ziana Zain listed kat situ brader... 

Betul... iTunes Store® kini dah ada untuk Malaysia. Berita gembira kepada semua fanboy produk Apple di Malaysia tak kira la apa device Apple yang anda gunakan; iPhone, iPad, iMac, Macbook etc etc, kini anda tak perlu lagi nak create Apple ID US untuk dapatkan content content seperti sewa beli HD Movie dari iTunes, beli lagu lagu secara sah, menggunakan perkhidmatan iTunes Match untuk sync lagu-lagu anda di dalam iCloud, download apps yang tak terdapat dalam Appstore Malaysia contohnya macam Kindle etc.

Baca lebih lanjut di website Apple sendiri di http://www.apple.com/pr/library/2012/06/26Apple-Launches-iTunes-Store-in-Hong-Kong-Singapore-Taiwan-Nine-Additional-Countries-in-Asia-Today.html.

Tengok, album Ziana Zain dalam iTunes Store brader... jom beli yang ori
Jika di Hong Kong, Andy Lau, Jay Chou dan penyanyi terkenal negara itu sudah mula mempromosikan lagu mereka di iTunes Store®, sekarang tengok tuh Ziana Zain dah ada dalam Top Ten songs dan semua artis tempatan berpeluang menjual lagu-lagu mereka terus dari iTunes Store® juga. Maka ini mungkin akan dapat mengurangkan lagi masalah cetak rompak di Malaysia. Sekarang ini masyarakat semakin mahukan sesuatu yang berkualiti dan akan kesedaran menggunakan sesuatu yang original. Mungkin ramai jugak yang dah sedar menggunakan barang cetak rompak terutama hasil usaha orang Islam boleh jatuh kepada haram.

Apa benda yang bertambah? Ini antaranya kepelbagaian kandungan, dulu cuma ada Home, App Store, Books dengan iTunesU ajer tapi sekarang dah tambah Music dan Movies. Music kita boleh beli satu album atau satu lagu sahaja dari album itu secara online, terus tolak dari akaun Apple kita yang link dengan kad kredit yang kita daftarkan. Lagu yang di download adalah berformat DRM-free (Digital Rights Management) yang bermakna cuma untuk didengar di device produk Apple sahaja di dalam format berkualiti tinggi 256 kbps kualiti AAC. Sama juga dengan Movies sama ada kita boleh beli atau kita boleh sewa. Beza beli dan sewa, kalau sewa movie yang dah disewa cuma berada di dalam iTunes download dalam tempoh tertentu manakala kalau beli ianya ada selama-lamanya. Selain tu, iTunes Match juga antara servis baru yang ditawarkan. iTunes Match ni ialah antara feature dalam iCloud yang mana kita boleh masukkan lagu lagu yang kita ada selain yang di download dalam iTunes ke dalam iCloud dan kita boleh mainkan lagu di mana mana device Apple yang lain di mana mana sahaja.

Cuma yang takde lagi TV Series. Kita tunggu aje la lagi mungkin akan bertambah lagi pada masa akan datang.

Abraham Lincoln: Vampire Hunter


Fuyoo! Rupa-rupanya presiden pertama Amerika adalah seorang pemburu pontianak. Pergghhh... gila tahap gaban dah ni kot ye pon nak mempropagandakan yang negara diorang tu semua terer. Tu yang malas nak layan sangat propaganda propaganda Amerika ni, tapi tengok la jugak filem ni atas dasar suka tengok wayang dan dengan harapan terhibur dengan jalan ceritanya. Terhibur ke tak? Teruskan bacaan anda.

Awal awal lagi aku nak bagitau filem ni dikelaskan sebagai 18SX. Di pawagam masih ada adegan yang tidak boleh dipertontonkan kepada kanak kanak contohnya separa bogel, darah memercik mercik, keganasan melampau dan sebagainya. Tak tau la kalau versi uncut punya maybe ada babak yang lebih 18SX.

Pengarah Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni ialah Timur Bekmambetov seorang pengarah berasal dari Russia. Antara filem-filem beliau sebelum ni yang terkenal ialah Wanted, Night Watch, Day Watch, The Darkest Hour. Filem Wanted kalau korang ingat lakonan Angelina Jolie dengan encik faun James McAvoy. Filem Night Watch dengan Day Watch adalah filem francais pontianak versi Russia dan filem The Darkest Hour tak menampilkan pelakon terkenal tapi turut memilih Russia sebagai lokasi di dalam filem. Timur ni punya style yang aku nampak dia suka ketengah visual effect yang canggih dan cantik. Memang nampak macam sangat best bila kita menonton trailer filem filem dia. Tapi itulah masalah dia, penceritaan dan jalan cerita dia ada macam sikit kurang. Boleh membuatkan kita menguap dua tiga kali tapi tak sampai tertidur sebab terlayan dengan visual effect yang diketengahkan dan jugak aksi stunt yang segar.

Sama juga untuk filemnya Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni, masa menonton trailer beberapa bulan yang lepas, ia berjaya membuat kita teruja untuk menonton filem ni. Tapi sayangnya selepas habis menonton, kita keluar dari panggung ianya tidak memberikan impak yang besar. Cuma sekadar filem biasa. Tapi terhibur jugak la sikit dengan visual effect dan aksi yang disajikan. Ditambah lagi dengan tajuk filemnya yang membuatkan ramai orang tertarik. Presiden Amerika seorang pemburu pontianak? Hmm.. memang mampu menarik penonton yang ingin tahu jalan ceritanya bila membaca tajuknya.

Pelakon filem ini jugak bukan pelakon yang biasa kita kenali. Menggunakan Benjamin Walker sebagai watak utama Abraham Lincoln. Membaca Benjamin Walker punya kerjaya dalam perfileman, tiada satu pun filem yang pernah aku tengok. Mungkin Timur ada masalah bajet kot maka membataskannya untuk memilih pelakon-pelakon gred A Hollywood. Pelakon yang mungkin korang pernah tengok ialah Dominic Cooper yang membawa watak bapak kepada Iron Man; Howard Stark dalam filem Captain America. Dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter ni, Dominic Cooper membawa watak pontianak yang bertanggungjawab menjadikan Abraham Lincoln sebagai pembunuh pontianak merangkap cikgu yang mengajar skill membunuh pontianak kepada Abraham. Aik..? pontianak ajar Abraham membunuh pontianak? pelik? tak pelik aku rasa ianya agak klise kerana sebab sebab seperti ini pernah ada dalam filem filem macam ni sebelum sebelum ni. Kenapa? Korang tengok sendiri nanti di pawagam.

Sikit sinopsis filem ini, tentang Abraham Lincoln yang semasa kecilnya kononya ibunya telah dibunuh oleh pontianak. Maka di dalam hati dia terbuku perasaan untuk membalas dendam untuk membunuh pontianak itu sehinggalah dia dewasa. Satu hari dia merasakan dia mempunya peluang untuk membalas dendam tapi dia hampir hampir dibunuh oleh pembunuh ibunya tetapi sempat diselamatkan oleh seorang pemburu pontianak iaitu Henry Sturgess. Seterusnya Abraham belajar bagaimana untuk memburu dan membunuh pontianak daripada Henry dan seterusnya dihantar ke tempat tempat yang ditugaskan kepadanya untuk membasmi pontianak yang berkeliaran di serata Amerika. Kononnya pontianak-pontianak yang ada di serata Amerika yang diketuai oleh Adam lakonan Rufus Sewell yang bercita-cita untuk menakluk Amerika dan menjadi pemimpin supaya bangsa pontianak akan diterima oleh manusia biasa. Dari situ tercetusnya naluri pemimpin di dalam diri Abraham dan daripada membunuh pontianak, dia beralih kepada dunia politik untuk memastikan Amerika tidak jatuh ke tangan pontianak pontianak ni.

Dapat ke tidak dia membunuh Adam? Apa pulak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Abraham? pastikan anda ke pawagam berdekatan untuk menonton sendiri kesudahan filem ini.

Jumaat, 22 Jun 2012

Trailer: Twilight Breaking Dawn Part 2















Antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat filem dan juga pembaca buku The Twilight Saga terutama sekali peminat tegar Edward Cullens iaitu Robert Pattinson. Filem terakhir untuk saga ini, kalau pada aku yang membaca buku ini (agak memualkan bila bab romantik tu tapi seronok bab gaduh gaduh dan konflik), siri terakhir ini adalah yang paling best. Kali ini keluarga Cullens nak tak nak terpaksa berdepan peperangan dengan Volturi iaitu pertubuhan pontianak sedunia.

Best ke? sama-sama kita nantikan ye di pawagam nanti. Kita layan trailer dulu.

Madagascar 3: Europe's Most Wanted


Menonton filem animasi Madagascar installment yang ke tiga ini pada aku merupakan yang paling menghiburkan, lebih menyeronokkan, paling kelakar dan lebih banyak yang tersirat jika nak dibandingkan dengan filem-filem Madagascar yang sebelumnya.


Tema kali ini masih kekal dengan 'kebebasan'. Kalau filem yang pertama mereka; Alex (Ben Stiller), Marty (Chris Rock), Melman (David Schwimmer) dan Gloria (Jada Pinket Smith) nak mebebaskan diri mereka daripada hidup terkurung di dalam zoo di New York dan mencari kebebasan dan hidup seperti haiwan normal di habitat mereka yang asal iaitu di Afrika (atau Madagascar). Filem yang kedua pula mereka merasakan tindakan mereka melarikan diri itu silap, mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan habitat Afrika yang mana mereka perlu mencari makanan dan perlindungan sendiri berbeza dengan hidup di zoo yang dijaga rapi, maka mereka nak mencari kebebasan dengan lari dari Afrika dan nak kembali semula ke zoo di New York. Kali ni filem ke tiga pula mereka masih mahu meneruskan misi mereka untuk membebaskan diri mereka untuk menuju ke New York cuma dengan cara yang berbeza dengan filem kedua.


Setiap kali installment yang baru mesti ada watak baru. Kali ini mereka semua berjumpa dengan watak baru lagi yang terpaksa mereka tumpang selepas kapal terbang ciptaan penguin terhempas lagi. Kali ini ada tambahan watak haiwan yang baru iaitu Gia si harimau bintang, Vitaly si harimau belang, Stefano si singa laut, Sonya si beruang dan beberapa lagi haiwan yang merupakan haiwan sarkas yang patah semangat untuk menjadi haiwan sarkas lagi. Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk ke London untuk mempersembahkan aksi sarkas mereka dengan harapan mereka akan dapat menarik minat promoter daripada US dan seterusnya membawa mereka ke New York dan mereka juga sebenarnya mahu membuktikan bahawa mereka masih kumpulan sarkas yang pernah hebat pada suatu masa yang dahulu terutamanya superstar sarkas tersebut iaitu Vitaly yang berkebolehan melompat gelung dari yang besar hinggalah ke sekecil-kecilnya.

Kali ni juga ada watak baru yang berjaya membuatkan orang meluat tengok iaitu  watak polis yang pakar dalam menangani masalah kekacauan yang ditimbulkan oleh haiwan iaitu kapten Chantel DuBois. Dengan muka yang bengis ala cikgu disiplin, memang dia ni menjengkelkan betul tapi pada masa yang sama kita respek kat dia kerana dia memang pakar. Antara banyak-banyak watak yang ada, aku paling suka dengan watak Penguin yang cerdik dan kiut miut... hehe. Haiwan-haiwan yang lain bergantung sepenuhnya dengan kumpulan Penguin ini untuk mereka melarikan diri atau untuk membuat apa apa misi. Watak kedua yang menarik tetap King Julien (Sacha Baron Cohen) yang menghangatkan suasana dengan aksi raja bodoh bodoh alang lagi kelakar dengan pembantunya yang kiut.

Tentunya filem animasi pasti pengarahnya nak buat happy ending, takkan nak bust sad ending pulak kan untuk target audience yang rata-rata dikalangan kanak kanak. Secara keseluruhannya, filem Madagascar 3 inilah yang terbaik berbanding dengan filem filem Madagascar sebelum sebelumnya dan memang tidak rugi untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Selasa, 12 Jun 2012

Bekas Kuih Raya LipLap


RM 50 - Purple Cair
RM 60 - Purple Pekat